“If you don't know where you are going, any road will get you there.”
Syafiqah Wan Kamarudin

Sunday, October 31, 2010

doa ikhlas dari saya

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Jodoh antara mereka
Satukanlah mereka
Titipkanlah kebahagiaan kepada mereka
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah mereka
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah mereka melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Istiqamahkanlah mereka Ya Allah
Demi meneruskan perjuangan mereka yang penuh dengan cabaran
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini
Adalah satu pemangkin bagi mereka
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini
Maka jodohkanlah mereka

Tetapi ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Mereka tidak berjodoh
Jauhkan dari pandangan mereka masing masing
Luputkanlah kenangan dari ingatan mereka
Dan peliharakanlah mereka dari kekecewaan
Jika mereka gagal menangkis kekecewaan itu
Pelihara dan mantapkankanlah iman mereka
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja mereka
Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah mereka kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agar mereka sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama

Ya Allah yang tercinta
Pasrahkan mereka dengan takdir-Mu
Redhakan mereka dengan segala ketentuan dari-Mu
Inilah ujian bagi mereka
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat mereka
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah…
Andainya sudah ditakdirkan buat mereka
Temukanlah mereka
Mantapkanlah iman mereka
Agar mereka mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah pada mereka keturunan soleh dan solehah
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu

Ya Allah
Redhakanlah perjuangan kami
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka

Amin

W & E
Semoga Kekal Hingga ke Akhir Hayat

Saturday, October 30, 2010

terbaikkkkkk!

Salam maghrib semua! ngehngeh. Nie baru siap smayang maghrib. Selepas bergayut lama lama lama lama bersama budak cacat (sila rujuk gambar bawah, pakai tadung hitam) haha. Biasalah budak cacat, kita kena layan sket. Nanti apa pula katanya. Nanti merajuk susah nak pujuk. haha. ok, ini statement perasan+koya (ayat beliau) haha. Actually, number Liya dapat free call. Tu lah sebab bergayut lama gila dengan manusia di bawah. haha. Macam macam cerita yang terkeluar secara tak sengaja mahupun sengaja. Sehinggakan kami sudah dapat membuat conclusion daripada apa yang kami bahas dan bincangkan. haha. Memang terbaikkkk! Thanks Liya sebab bagi pinjam handset tersebut. Sayang kamu sangatlah! :)
Perbualan kami yang agak lama itu membuatkan saya puas! haha. Dari duduk, hinggalah tergolek ke kiri dan ke kanan. Dan bangun, sampai lah baring balik. Telinga sudah naik panas. Handset pun sudah jadi suam. Haha. Eh, Thanks Liya skali lagi. Heee.

Heh Idayu, nanti aku bagitahu wish lists aku ko mu eh. Kena pastikan semua itu dilaksanakan semasa cuti semester ini. Kita sudah boleh hidup tanpa tutttt. haha. Kita boleh bergerak sendiri tanpa tuuuuttt. haha. Yang penting Nurul Asmawanie, Si Cerdik Pandai Lagi Meyakinkan mesti ada bersama kerana jikalau kita dalam kesusahan, dapatlah beliau mencari jalan penyelesaian. haha.

Kepada Nurul Asmawanie, kami berdua telah hampir dua jam berbincang mengenai anda. haha. Dan conclusionnya, kami sangat sayang anda. haha. Oh kenapa berbincang pasal anda? hurm, sebab kami berdua sangat merindui anda. Sumpah! :)

Pesanan untuk Idayu sekali lagi, sila pergi study dan jangan hiraukan Si Berukbend! hak! Eh, tapi bayarlah weh, kamu kena lihat kebanggaan kita! Betul nieeeeeee! Lagipun, kamu dan saya tak boleh hidup tanpa Si Berukbend itu!!!! Saya rasa sunyi tanpa mu.......................................... :(
I



Bersin di telingaku tanpa memberitahu yang boleh menyebabkan aku hilang pendegaran.
Beliau amat berbahaya! :p

Ini adalah :
Senarai Kepujian Dekan
Bachelor Kejuruteraan
(Proses dan Makanan)
Milik :
Nurul Asmawanie Ramli


Setelah stalking photo Nurul Asmawanie, akhirnya saya terjumpa ini.
Terdapat dua orang nama Melayu dalam list ini.
Yang lain semua Chinese. Melayu memang boleh!!
Nurul Asmawanie, tahniah dari kami berdua. Kamu memang hebat dan terbaik di kalangan yang terbaik. KEEP IT UP!
Psst : Aku nga Dayu memohon maaf kerana sokmo mapuh mu samaada dalam facebook mahupun bertentang mata. hahahahaha!
Eh, nanti berVideo Chat lagi ye! :)

Gambar diambil dari Facebook Mas Nur Syairah. Terima Kasih Binti! :)
Mungkin ia keputusan 2008/2009, saya tetap curi jua. :P

Oh lupa, Terima kasih jugak Asmawanie kerana menjadi PengUpdate Bola Sepak Akhir Malaysia yang terbaiklah! haha! Sehinggakan bilangan botol mineral dan kekuatan bunyi mercun pun beliau dapat tahu. haha. Setiap saat saya di Update kan. haha.
Terima kasih ya! :)

Heh,
Terima Kasih Liya
Terima kasih Idayu
Terima kasih Asmawanie
dan
Terima kasih Binti!
Big Hug! :)


TAHNIAH KLATE!
GO MORE KLATE GO MORE!

Selamat Pukul 7:50malam semua. DAN
Selamat membuka buku semula Syafiqah! huh!

Friday, October 29, 2010

Yang Terindah


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

=)


rasa rindu!

Tiba tiba rasa rindu! hak!
Betul nie weh, aku tak tipu.
Lambat weh nak balik.
Kawan kawan aku, disini aku nak kata, aku sangat sayang kepada kamu semua,
walaupun sebelum ini aku tak pernah berkata mengenai perasaan di depan kamu,
tapi dalam hati aku Tuhan saja yang tahu. heee.
Kalau geli bila baca nie, sila buat buat pengsan eh. haha!
Btw, KAMU SEMUA ADALAH ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DALAM HIDUP GUA!
:)

Thank You, Friends!

You were like a sister to me when no one else cared ,
You heard me calling when I was in despair ,
You even held my hand and helped me to face my fear,
You take great care of me and let me know your there,
Thank you for always been sincere.


Nurul Asmawanie
(Si Kaki Terangkat tanpa segan silu)

Nur Idayu
(Si Gigi Besi Yang Sporting)

Nur Suriana
(Si Gadis yang lemah lembut dan ayu)

Fatin Fathiah
(Si Jururawat yang berdedikasi)

Sayang Kamu Semua!

oh, lama menghilang


hai. Apa khabar kepada diri sendiri. haha. baik baik. Sudah lama tak view blog nie. Bukan malas
nak update tapi tak tau sebab apa. huhu. Lama sudah. Almost 5 months tak tengok blog aku nie. Berhabuk suda. Haha. Oh, sekarang nie musim final. Peperiksaan Akhir Semester! sangat takut dan sibuk. Tapi tak la sibuk sangat. haha. Hari hari mengadap nota. Kepala sudah agak mereng sedikit. huuu. Kaki pun sudah asyik lenguh lenguh kerana lama berada di depan meja dengan gaya duduk tanpa ada sebarang benda lembut yang dilapik. Haha. Melampau lah pulak.

btw, Selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa dan mahasiswi! :) Jawab dengan cemerlang ye!



Ini pic masa study pukul 3 pagi. haha!
ok tipu! haha. Masa tgh tunggu nk g ke
MEDAN PERANG!