Sebut balik pasal final, paper saya yang seterusnya ialah pada 4 November. Khamis. Rasa macam lambat lagi tapi kejap jer masa nie berlalu. Banyak chapters nak kena baca. Actually, paper nie saya dah pernah ambik masa saya semester 5 diploma dulu. Tapi tak tau kenapa kena ambik balik masuk degree nie padahal belajar nak seakan sama jer. Buku pun guna yang sama jer. Dah la subjek nie agak susah. Banyak nak kena hafal dan ingat. Nie subjek MGT iaitu Organizational Behavior. huhu. Harap nanti saya dapat jawab dengan baik. InsyaAllah.
Oh, esok saya nak keluar dengan kawan kawan (nie pun nak bagitau, ok) =)
Nak g bayar yuran konvo dekat Bank Islam. Lagi nak g bayar sewa rumah (bank in). Macam menyusahkan kan? huhu. Tapi terpaksa. Nanti esok boleh tengok mcD baru. hahaha. (terasa bangga giler kot mcD baru di buka di DUNGUN, diulangi sekali lagi mcD baru dibuka di DUNGUN) haha. Tapi biasalah, lumrah, kalau benda baru dibuka, mesti giler ramai orang kan. huhu. Btw, nyum nyum! :)
Oh, nie senarai papers saya untuk semester ini. *tiba tiba rasa tak sabar nak habiskan degree* huuu.
27/10/2010 - Communication for Administrative Professional II
1/11/ 2010 - Administrative Office Management II
4/11/2010 - Organizational Behavior
8/11/2010 - Management of Administrative Record II
11/11/2010 - Advanced Integrated Software Applications
Lepas 11/11/2010, mesti saya akan terkinja kinja kegembiraan kan. heee. TAK SABARNYA! :)
Okay lah, saya nak kena tengok nota dulu. huu. Harap apa yang saya baca dan hafal lepas nie akan tersemat dalam otak dan sanubari saya supaya saya boleh muntahkan balik nanti atas kertas peperiksaan. :)
INSYAALLAH.
Selamat Malam Orang! :)
No comments:
Post a Comment