“If you don't know where you are going, any road will get you there.”
Syafiqah Wan Kamarudin

Tuesday, November 9, 2010

beliau ada masalah lagi

Hurm, sudah beberapa hari tidak singgah dan menulis di sini. huhu. Bukanlah sibuk tapi malas. haha. Hari ini dah hari Selasa. Semalam saya sudah selesai menjawab bagi paper Administrative Records Management II. Rasa agak terkilan sebab soalannya terlalu SENANG! SANGAT SENANG! huh! Bahagian Peperiksaan UiTM tak boleh buat soalan yang susah lagi ke? Tak mencabar lah! uwaaaaaa! Rasa nak pecah otak keluar dari dewan peperiksaan. Soalan yang #$@&#^. *Menangis*. Tapi semua tu dah lepas. Rasa macam tak berbaloi belajar sampai tak cukup tidur dan makan jarang jarang jer. *mengenang kembali saat saat itu*.
Lepas ini saya sudah tak mahu belajar bersungguh sungguh lagi lah! haha~
Eh, lepas ni pun ada satu paper jer lagi. hihi. Satu paper, biasalah mood untuk belajar pun kuranglah sebab mood tu pun sudah terbang bersama roh saya. hahak. Hanya jasad yang berada di Dungun tapi roh dan pemikiran saya sudah selamat sampai di rumah. kuangkuangkuang. Eh tiba tiba teringat, Kuang tu nama kedai runcit berdekatan dengan rumah saya. Oh, kenapa Kuang? sebab beliau Chinese. hahak. Kedai runcit beliau sangat hebat kerana mempunyai pelbagai jenis barangan yang kita sendiri pun tak sangka barangan tersebut terdapat di kedai beliau. haha.
Uh, merujuk kembali kepada perkara yang sebenarnya,
Beliau dalam tajuk di atas merujuk kepada seorang budak lelaki yang berjerawat, Imhays (bukan nama sebenar) menghadapi masalah lagi. huhu. Ok, ni dah masuk kali ke 45 kot saya mendengar cerita yang sama dari beliau.
Hurm, saya pun dah tak tau nak kata apa. Masalahnya sama sahaja. Tapi kadang kadang timbul juga rasa kasihan melihat beliau.
Yelah, tak salah kalau beliau memberikan sepenuh rasa cinta terhadap seseorang yang beliau sangat suka. Memang tak salah. Hurm, nak buat camne cep! Sabar jer lah!
Imhays kata beliau dah tak sabar nak tunggu saya pulang. haha. Terasa diri ini begitu berharga. haha.
TUNGGU AKU YA!

Oh, semalam baru siap meng copy cerita korea. haha~
Bekalan semasa cuti semester nanti. Wah!
Tak sabar dah nie nak tengok. Ada dalam lappy nie tapi buat buat tak tau jer dulu kan sebab paper tak habis lagi. haha. Biarpun jari ni rasa nak tekan jer folder yang diberi nama "Movie" tu. haha. SABAR. S.A.B.A.R!
Hurm, sedar tak sedar, kita nie dah nak beraya kan. huhu. Hari Raya Aidiladha. Tapi ramai orang kata walaupun Hari Raya Haji jer, tapi kat Klate, orang sambut meriah jugak. huhu. Betul ke? hurm, betul lah kot. Tapi bagi saya sebagai anak jati Klate, saya tetap rasa meriah, menarik, tertarik, terhebat dan terganas yah satu! haha! I'm Proud to be Kelantanese. :)
Sape sape perantau yang tak dapat balik kampung masa raya haji nie, sabar lah ye. hehe. Anda sebenarnya berjihad kerana mungkin paper anda tak habis lagi. haha. Tumpukan perhatian pada peperiksaan dulu then boleh balik beraya kaw kaw. haha. *berfikiran positif sket* hehe.
Eh, nak g mandi lah jap.
Jumpa di lain waktu.
:)

No comments:

Post a Comment