“If you don't know where you are going, any road will get you there.”
Syafiqah Wan Kamarudin

Sunday, October 9, 2011

Bersalji di Kuwala Lompo Part 1

.Part 1 : Kronologi Perjalanan Kepingan Ayam ke dalam Perut Alia.



Penantian itu satu penyeksaan. Menunggumu.



Bila kepingan ayam sampai, tidak menunggu lagi. Terus menyuap.



Dan bila kepingan ayam beratur masuk ke dalam perut, saki baki atau pinggan kosong sahaja
menjadi kenangan.


Mungkin kepingan ayam tersebut sedap, teruslah menunjukkan sign "BAGUS"



Menunggu lagi. Kali ini menunggu yang lain siap makan.


Mungkin ada meeting atau mengantuk, beliau nampak sibuk.



Perasan yang tindak tanduk diperhatikan dan di capture, beliau meng capture jurugambar semula.



Menjelir lidah kepada jurugambar, nakal.



Ini dia pose bonus. Peace! :)

Part seterusnya akan menyusul.
Sampai ketemu lagi.

Friday, October 7, 2011

Hai Mainan Tidur

Assalamualaikum.
Mainan tidur atau dengan kata lainnya "Mimpi".
Semua orang mesti pernah bermimpi kan. kan.
Tak terkecuali lah juga dengan saya.
Tapi mimpi mimpi saya selalu yang mengarut dan tak masuk akal.
Kelakar pun ada. haha.

Semalam saya bermimpi.
Mimpi saya dihadiri oleh selebriti.
HAHA.
Selebriti bertuah yang hadir dalam mimpi saya tu ialah
ahli Girls Generation. Serius.
Tapi tak semua.
Separuh dari ahli mereka. Haha.
Taeyeon, Yuri, Yoona, Jessica.
HAHA.

Mereka datang ke kampung saya.
Siap pergi pasar minggu lagi. haha.
Yang tak tahan, saya memang sangat rapat gila la dengan mereka especially dengan Taeyeon.
Tak tahu kenapa.
HAHAHA



Saya dan Taeyeon siap berbual-bual lagi -

Pemimpi : Eh Taeyeon, awak g pasar minggu, tak ada orang serbu ke?
Taeyeon : Tak ada lah. Maybe orang-orang kat sini tak kenal sangat kami kot.

Pemimpi : Erm, ye kot.

Lepas tu, ada lah lebih kurang 10 orang datang kat diorang nie.
Mereka tengok saya and diorang sambil mulut terkumat kamit seperti mengatakan sesuatu.

Orang ramai : Eh, Pikah rapat gila dengan SNSD ye. bla bla bla.

Saya rasa memang sangat bangga gila la masa tu. Haha.

Lepas tu, saya bawak ahli mimpi saya tersebut ke rumah nenek saya. Haha.
Tapi tiba-tiba kan, Taeyeon nak pinjam shawl dari saya.
Saya bagi pinjam and dia terus pakai sebab dia hormat ahli keluarga saya. HAHAHA.
Taeyeon pakai shawl and siap berbual-bual dengan keluarga saya.
Lawa sangat dia pakai shawl. Serius.

Sedang duduk berbual-bual,
hujan turun.
Dengan secara tiba-tiba,
Taeyeon buang shawl dia and pergi main hujan!
Hahaha.
Saya pun pergi main hu jan jugak.
Tapi members yang lain still duk kat rumah nenek saya.
TAPI KENAPA SAYA RAPAT DENGAN TAEYEON? Haha.
Sampailah sekarang, bila saya tengok gambar Taeyeon and ahli-ahli yang lain,
saya akan rasa macam nie :

'Eh, aku baik dengan diorang nie'
HAHAHA.

Tersedar dari tidur,
Tersengih jer sorang-sorang,
Mimpi saya memang sangat mengarut kan?
^^

Yoona & Yuri


Jessica

Hai Encik Mimpi, tolonglah hadir dalam bentuk bermoral sket atau logik sket. erk. Atau hadirkan jejaka-jejaka tampan. HAHA.

Untuk Ahli Girls Generation :

Terima kasih kerana sudi hadir dalam mimpi saya.
Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah nenek saya.
Terima kasih kerana layan saya dengan baik sekali.

LAIN KALI, DATANGLAH LAGI. :)

Thursday, October 6, 2011

Dibelenggu Rasa Cuti

Sebulan setelah melangkah kembali ke alam pembelajaran.
Tapi masih diawan awangan.
Masih tidak boleh menerima dengan setulus hari.
Kelas okay tapi student (saya) macam masih blur.


Apa harus dilakukan?


Masih lagi dijajah oleh perasaan ringan.
Masih lagi tidur bersama angan angan.
Masih lagi duduk bersahaja tanpa rasa ingin menyentuh buku. aish!



Esok ke KL.
Menghadiri Konvokesyen abang sulung.
Untung lar dah habis belajar kan.
2 hari ponteng kelas.
Banyak jugak tu tapi nasib baik di support dengan surat nukilan abah. haha.
Tak ada lah rasa bersalah sangat. *erm, adalah sket rasa bersalah*


Anyway,
Tahniah Abang Long sebab dah grad.
Sila cepat sikit kerja supaya adik adik boleh kikis. *tanduk*




Yihaaa!


:D

Sunday, October 2, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan

28 tahun yang lalu.
Bermula dengan sebentuk cincin.
Mereka tersipu.
30 September 1983.
Menjadi saksi, memeterai janji.
Sebagai suami isteri.
Berjanji sehidup semati.
Menerima seadanya di hati.
Mencintai kekurangannya pasti.

Encik Wan Kamarudin bin Wan Nor
&
Puan Marzita binti Mustapha


Terima Kasih

Kerana sudi melahirkan kami adik beradik.
Kerana sudi memberi kami merasa kehidupan ini.
Kerana sudi memberi pendidikan kami setakat ini.
Kerana sudi bersama kami saat kami kebuntuan.
Kerana sudi tersenyum ketika kami kegembiraan.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 28.


Saya sayang kamu!

Sangat sangat.

Monday, September 26, 2011

Tak Sabar!

Hee.
Tadi kawan cakap yang kelas Prof. Baharom tak ada seminggu?
Patut ke saya happy?
haha.
Mesti lah kan?
Hurm, terus buat keputusan untuk BALIK!
Oh, yeah!
Dapat balik hari Rabu lagi.
Best kan?
:)

Saturday, September 24, 2011

Complete Me!

Assalamualaikum.
Hari nie ahad, kelas ada 1 jer pagi, lepas tu kelas batal.
happy kan? hee.
Balik rumah macam biasa mesti duduk depan benda elektronik nie.
Telah menjadi salah satu rutin harian. :)
Hari nie tiba tiba teringat kat family saya.
Betul. :(
Abah kata hari nie abah kena pegi kursus kat Awana Kijal. Mesti melalui jalan Dungun kan tapi tak dapat jumpa sebab jadual kami tak sama. Kijal dekat Kemaman kan, jauh jugak la.
Rasa kekok untuk bagitau benda benda yang melibatkan hati dan perasaan kat family saya.
Tu bagi saya la. Susah untuk mengekperasikan sayang saya melalui kata kata. Mungkin boleh diekpress kan melalui perbuatan.

Abah seorang yang nampak garang pada luaran tapi sangat baik hati.
Seorang yang well-organized dan komited dalam setiap apa yang dilakukan.
Setiap kali saya bagitau benda benda penting atau tarikh tarikh penting, abah akan selalu ingat bahkan dia pula yang mengingatkan saya. Abah seorang yang sangat mengambil berat dan selalu support dalam apa saja yang kami lakukan.

Ummi. Saya sangat rindukan ummi. :(
Ummi seorang yang happy jer. Pendengar yang sangat sangat baik. Ummi selalu jer ikut apa yang saya katakan even rela mengubah apa yang dia nak sebab saya kata taknak. hee. Ummi seorang yang juga sangat sangat mengambil berat dan sangat sangat baik hati.
Ummi selalu happy bila anak anak dia semua ada kat rumah.
Ummi akan selalu dan sentiasa memberi nasihat.
Ummi sentiasa datang berborak dan berbual dengan anak anak dia.
Ummi adalah yang terbaik. :)

Shahrul Ain aka Sulong. Seorang abang yang sentiasa mengambil berat. Sangat mementingkan family. Sangat boros dan tak kedekut. haha. Sulong juga seorang yang tak boleh nak sabar kalau nakkan sesuatu benda. Rela buat apa saja untuk mendapatkan apa yang dia nak. Senang untuk beri duit kat adik adik. Kadang kadang macam tak matured kalau bersama adik adik. haha. Dan senang juga diketawakan oleh adik beradik kalau mengimbau kisah kisah lama. hahaha. LUCU!
Kerja jap lagi boleh lah aku rasa gaji pertama mu. :)
Sekarang sudah 24 tahun, lagi beberapa tahun akan menamatkan zaman single.
Cepat cepatlah kawin dan dapat baby, aku tak sabar nak anak sedara! :)
Sayangi bakal isteri kamu seperti kamu menyayangi diri sendiri.
Dan jadilah ayah yang baik seperti kamu menjadi abang yang sangat baik terhadap kami sekarang. :)

Syahmi. Anak yang ke3. Lepas saya. Sekarang belajar kat Politeknik Johor. Jauh kan. Seorang hardcore fan Liverpool. You'll never walk alone.
Beliau akan jadi terlalu excited kalau berbicara pasal bola khasnya Liverpool.
Juga seorang yang sangat setia. Setia sesetia mungkin. Seorang yang mementingkan kekeluargaan. Sangat mengambil berat. Suka main main dengan adik adik. Juga seorang yang tak berkira dan tak kedekut. Syahmi boleh dikatakan api dalam adik beradik sebab agak cepat marah. Tapi cepat juga lah cool. Selalu suka bercerita kat saya pasal kehidupan peribadi dia.
Lepas nie, kamu akan jumpa seorang yang memang tertulis jodoh kamu dan dari situlah kamu akan tau hikmah di sebalik apa yang terjadi dan sedar yang apa yang diberikan adalah yang terbaik, okay? :)

Syahlan. haha. Yang ini seorang yang berhati lembut dan bunga. haha. Tapi bila dia marah, saya sendiri pun agak terkejut dan takut. Tapi syahlan seorang yang sangat sangat lah jarang marah. Selalu redha jer lah dengan apa yang berlaku. Biar pun saya kata apa pun kat dia, dia tak pernah nak marah. Senyap dan diam. Sengih dan mengakui sebab mungkin dia serabut dengan saya yang suka main main. haha. Dia rela batalkan date dengan kawan kawan kalau saya ajak dia pegi mana mana. Baik kan? Dan dia jugak sangat rapat dengan adik adik. Kadang kadang saya panggil dia bunga. haha. Syahlan ada gak nama timangan iaitu Alilik. haha.

Syahman. Adik lelaki bongsu. Tak banyak perwatakan since dia kecik lagi. Baru tingkatan 1. Selalu kena buli dengan kami yang dah besar besar nie. haha. Aman sangat sayangkan keluarga. Nampak sangat kerunsingan dia bila ada benda yang merunsingkan dia. Memang sangat sangat bersungguh sungguh bila melakukan apa apa kerja. Aman suka tersengih. Cakap jer apa apa, dia sengih jer. hee. Aman gak selalu kena puji dengan sedara sedara sebab dia rajin.
Aman, mesti pikir kakteh macam tak amek berat or tak ada perasaan kan. Kakteh sangat sangat sangat sayang kat Aman.

Last sekali, si bongsu, Syazana Alia. Happy go lucky. Suka menjawab apa yang saya kata. Even sekarang memang dia kurang takutkan saya sebab saya tak pernah serius bila kat rumah. Mungkin nie la akibatnya bila tak pernah nak serius kan. Adik yang umur 9 tahun nie pun tak takut langsung kat saya. Suka menjawab dengan benda benda yang kita sendiri pun tak terpikir. Memang sangat budak! haha.
Sangat manja. Selalu kena buli dengan abang abang dan kakak.
Saya akan buli dia sampailah dia menangis and last last, saya yang kena marah kat ummi. haha.
Rindu nak kejar Alia sambil buat muka monster sampai dia menangis. :(
Haa, Alia gak suka membodek ummi. Dan ummi selalu termakan bodekan dia. haha.
Alia, latest ujian bulanan hari tu dapat number 1 kan, kakteh cakap tahniah jer sebab poket kosong nak beli hadiah, tapi lain kali, kita g beli hadiah sama sama eh. :)

My Family, I want to be able to do many things for you.
Seriously, you are the reason I work hard,
the reason I exist in the world,
the reason I want to live happily ever after.
Thanks for being the reasons.
Thanks for giving me a good heart that allows me to feel gratitude for you.
Tolonglah selamanya jadi Vitamin saya. :)
Saya. Rindu. Sayang. Kamu.
Sangat sangat. Sangat. Sangat!


Friday, September 23, 2011

Panas Gak lah Kadang Kadang

Assalamualaikum.
Selamat Petang.
Salam 1 Malaysia. :D

Students course Industrial Design memang banyak pakai duit eh?
Macam air duit mereka kan!
Huh!

Friday, April 22, 2011

Drive me Crazy!

huahuahuahuahua!
Saya dah letih main dengan blog nie.
Niat nak edit, design sket tapi last last makin teruk!
huahuahuahua.
Semua hilang even background pun turut sama menghilangkan diri!
Mereka ingat saya bergurau dengan mereka ke? aishhh!
Sakit hati!

Tutup dulu lah. B~ye!

Assalamualaikum!

Hai Annyeong Haseyo! haha!
Dah lama betul saya tak update blog ni.
Memang cukup lama. Lebih kurang satu semester KOT!
Satu semester, masa yang agak lama! Tapi....
Bila pikir pikir balik, satu semester tu kejap jer berlalu kan?
Sekarang saya berada di semester 4, cuti semester masuk semester 5.
Lepas tu last semester 6. Kejap jer kan! Rasa macam baru jer melangkah masuk ke alam universiti. Ewahh! :)

Semester nie saya habiskan dengan letih sekali.
Yelah, last last sem banyak gila assignment dan kerja kerja yang perlu disiapkan.
Banyak! SUMPAH BANYAK! Dan bila kerja dah banyak, mulalah emosi pun tak stabil.
Semua orang yang bergelar pelajar pun akan merasa benda yang sama kan. Am i right? :)
Bila kerja dah bertimbun, selalunya saya mesti berkata dalam hati :
"Bilalah penderitaan ini akan berakhir" hahaha.
Jawapannya, selagi saya bergelar manusia, selagi itulah penderitaan itu tak akan berakhir. Kadang kadang gembira, kadang kadang sedih, kadang kadang letih, kadang kadang rasa kosong, kadang kadang kena marah, kadang kadang muak dan bosan tengok BUKU tapi kadang kadang rasa senang tengok korea! haha.
Tapi apa yang berlaku dalam hidup kita adalah satu proses pembelajaran! So, hadapi dengan SENYUMAN! :)

Kalau nak diikutkan, banyak benda yang saya mahu ceritakan.
Tapi saya bukan bukan sinetron Indonesia atau telenovela Mexico yang episodnya panjang dan jalan ceritanya meleret leret. haha.
Nak jadi macam drama Korea yang ringkas dan padat. haha.
Oh sebut pasal Korea, Goguma Couple dah habis episodnya. *sedih
Goguma Couple is the couple in WGM that most I love to see!
I just love them! I just DO! There are Yo~ong and Hyu~n.
YONGSEO WILL ALWAYS REMAIN IN MY GOLDEN HEART NO MATTER HOW MANY YEARS MAY PASS!
:D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D

Oh sebut pasal Korea juga tiba tiba teringat pasal student AF9 yang nyanyi I'll be back tuh. Perlu ke? Suara, masa first dengar sedap la jugak tapi dah lama lama rasa naik bosan la pulak. Dah la sebutan korea tu berterabur. Bukan nak kata saya pandai sebut pun, tapi nampak sangat kan. Tak payahlah nak malukan diri sendiri. huhu. *this is my opinion, for those who not like-minded to me, i'm sorry*
Hurm, rasa nak belajar bahasa Korea la. Betul! Sebab nanti kalau tengok cerita korea, interview, variety show or talkshow, tak payah la nak tunggu ada subtitle dulu before download kan. haha. Lagi senang, keluar jer, terus download and tengok, biar kita sorang jer faham. haha.

Banyak betul band band Korea sekarang nie kan. 'Yonghwa, Yonghwa, Yonghwa, Yonghwa'
Memang sangat banyak dan saya tak kenal pun nama sorang sorang. Penting ke untuk saya kenal? haha. Yang agak popular sikit tu kenal la. Suka tengok mereka menari and menyanyi. Seriously! Memang paling suka tengok mereka menari, movements mereka memang synchronize gila la kan! Nampak cool! hehe.
Yonghwa, SNSD, Yoo Jaesuk, Nickhun! haha! Mereka cool!
*Not wrong for us to like them, although sometimes other people will feel strange with our behavior towards them, I have my own distinctive authority to love them!*
JUST THE WAY YOU ARE! wah, tiba tiba! haha.

Hurm, berbalik kepada topic asal, pasal semester tadi. haha
Sekarang saya tengah dalam study week. Sikit hari lagi saya akan menempuh first paper. Rasa berdebar sangat, macam first time ambik final la plak kan. huhu.
Eh, berdebar tu perkara biasa, siapa siapa yang tak berdebar tu tak normal la kan. haha. Study week, walaupun seminggu la jugak, tapi kenapa rasa macam sekejap gila. betul! Tak puas! huhu. Nak betul betul puas, tunggu cuti 4 bulan! haha.

Hurm, sampai disini dulu lah entry kali ni. If I have time later, I'll be back. haha!
OR maybe next semester. haha!
Okay buddy, take care. Annyeong!

Friday, December 24, 2010

Hello :)

Hello. :)
Sudah lama tak muncul di sini.
Mood untuk menulis agak terkurang. lalala.
Lebih kurang 2 bulan berada di rumah dengan damainya. :)
Pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik.
Rasa mengantuk pulak. haha.
Pejam celik pejam celik.
Tinggal 1 minggu lagi untuk saya berada di rumah bersama keluarga.
Semester baru akan bermula.
Maka tugas sebagai pelajar bermula semula selepas 2 bulan menjadi penganggur. :)
Dalam masa 2 bulan,
Tak la banyak benda berlaku.
Hari hari sama sahaja.
Bangun tidur, terkinja kinja ke dapur, berlari lari ambik tuala, terketar ketar mandi sebab sejuk.
haha. :D
Petang, online.
Malam, tengok movie, berbual bual, bertukar pendapat, bercerita pasal orang, bersuka ria. :D
Oh, tak lupa juga, salah satu aktiviti saya ialah mempermainkan perasaan sepupu. haha.
Saya suka suasana itu. :D :D :D

_____________________________________________

04 December 2010
Hari Konvokesyen Saya.


Encik Wan Kamarudin dan Isteri, Puan Marzita.
Ibu dan Bapa saya. :)


Terima Kasih Daun Keladi UiTM!
I love>

Wednesday, December 1, 2010

rasa nak marah

hohoi.
Currently at Dungun.
Lapar, boring, pening, sakit hati bergabung dalam satu. grr.
Hari ini, saya dan kawan kawan ada rehearsal untuk Convocation dan ambik jubah.
TAPI
Sistem macam $#%#@!
Student memang ramai gila tapi kaunter buka hanya 3 kalau tak silap. huh.
Saya menunggu untuk ambil jubah dari pukul 08:45a.m sehinggalah 03:00p.m.
(Termasuk rehearsal tapi rehearsal tak lah lama sangat)
Bayangkan, lama masa dibazirkan!
Kalau duk rumah, dah dapat tengok movie 4 episodes dah!
Kalau borak borak dengan kawan, dah dapat bincang 8 topics dah!
huh!

Balik rumah,
Nak tido tapi tak mengantuk pulak.
Online lah sekejap sambil makan Van Houten Whole Hazel Nuts with Milk Chocolate.
Sedap! :)
Nak sikit?
Belilah sendiri. :p


Saturday, November 27, 2010

:) :(

Tinggal beberapa hari lagi saya akan kembali ke Dungun (Bandaraya) haha~
tapi hanya untuk beberapa hari. *ini saya suka*
Saya ke sana atas alasan memenuhi kehendak UiTM untuk mengkonvokan diri saya. hehe.
*perasan di situ*
Tanggal 4 December 2010,
Saya akan menerima segulung Diploma.
Alhamdullillah.
3 tahun saya berpenat lelah, akhirnya saya berjaya juga tamatkan pengajian saya.
Opss, baru diploma. :)
Selasa, 30 November, saya sudah kena berada di Dungun.
1 December, tarikh untuk rehearsal and ambik jubah. huhu.
Nak konvo, tapi rasa malas nak g Dungun. *gedik terjadi di situ* :p

Hari ini, sakit hati dengan Si Hitam External saya.
Beliau bikin masalah lagi. huh.
Corrupted lagi and unreadable.
Nasib baik ada external Idayu, boleh pinjam. hehe. :)

mood : still waiting for MUFFLER SCARF from UK. :)
^_^

Adios!

Sunday, November 14, 2010

gembira!

Ku gembira di samping mu! haha~
Lagu Si Cecep nyanyi sewaktu saya menulis title bagi entry ini. haha.
Petang yang bagus. Saya berada di The Garden. Online sambil minum minum bersama Si Cecep.
Saya nak tangkap gambar beliau, tetapi beliau malu.
Limited katanya. haha~ chis!
3 hari sudah berada di tanah air. Sangatlah gembira tidak terkata. hee~

3 hari lagi Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.
So, makan daging lah saya selama seminggu. haha~
Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua Umat Islam semua!
:)



Maaf Zahir dan Batin.
:)

Tuesday, November 9, 2010

beliau ada masalah lagi

Hurm, sudah beberapa hari tidak singgah dan menulis di sini. huhu. Bukanlah sibuk tapi malas. haha. Hari ini dah hari Selasa. Semalam saya sudah selesai menjawab bagi paper Administrative Records Management II. Rasa agak terkilan sebab soalannya terlalu SENANG! SANGAT SENANG! huh! Bahagian Peperiksaan UiTM tak boleh buat soalan yang susah lagi ke? Tak mencabar lah! uwaaaaaa! Rasa nak pecah otak keluar dari dewan peperiksaan. Soalan yang #$@&#^. *Menangis*. Tapi semua tu dah lepas. Rasa macam tak berbaloi belajar sampai tak cukup tidur dan makan jarang jarang jer. *mengenang kembali saat saat itu*.
Lepas ini saya sudah tak mahu belajar bersungguh sungguh lagi lah! haha~
Eh, lepas ni pun ada satu paper jer lagi. hihi. Satu paper, biasalah mood untuk belajar pun kuranglah sebab mood tu pun sudah terbang bersama roh saya. hahak. Hanya jasad yang berada di Dungun tapi roh dan pemikiran saya sudah selamat sampai di rumah. kuangkuangkuang. Eh tiba tiba teringat, Kuang tu nama kedai runcit berdekatan dengan rumah saya. Oh, kenapa Kuang? sebab beliau Chinese. hahak. Kedai runcit beliau sangat hebat kerana mempunyai pelbagai jenis barangan yang kita sendiri pun tak sangka barangan tersebut terdapat di kedai beliau. haha.
Uh, merujuk kembali kepada perkara yang sebenarnya,
Beliau dalam tajuk di atas merujuk kepada seorang budak lelaki yang berjerawat, Imhays (bukan nama sebenar) menghadapi masalah lagi. huhu. Ok, ni dah masuk kali ke 45 kot saya mendengar cerita yang sama dari beliau.
Hurm, saya pun dah tak tau nak kata apa. Masalahnya sama sahaja. Tapi kadang kadang timbul juga rasa kasihan melihat beliau.
Yelah, tak salah kalau beliau memberikan sepenuh rasa cinta terhadap seseorang yang beliau sangat suka. Memang tak salah. Hurm, nak buat camne cep! Sabar jer lah!
Imhays kata beliau dah tak sabar nak tunggu saya pulang. haha. Terasa diri ini begitu berharga. haha.
TUNGGU AKU YA!

Oh, semalam baru siap meng copy cerita korea. haha~
Bekalan semasa cuti semester nanti. Wah!
Tak sabar dah nie nak tengok. Ada dalam lappy nie tapi buat buat tak tau jer dulu kan sebab paper tak habis lagi. haha. Biarpun jari ni rasa nak tekan jer folder yang diberi nama "Movie" tu. haha. SABAR. S.A.B.A.R!
Hurm, sedar tak sedar, kita nie dah nak beraya kan. huhu. Hari Raya Aidiladha. Tapi ramai orang kata walaupun Hari Raya Haji jer, tapi kat Klate, orang sambut meriah jugak. huhu. Betul ke? hurm, betul lah kot. Tapi bagi saya sebagai anak jati Klate, saya tetap rasa meriah, menarik, tertarik, terhebat dan terganas yah satu! haha! I'm Proud to be Kelantanese. :)
Sape sape perantau yang tak dapat balik kampung masa raya haji nie, sabar lah ye. hehe. Anda sebenarnya berjihad kerana mungkin paper anda tak habis lagi. haha. Tumpukan perhatian pada peperiksaan dulu then boleh balik beraya kaw kaw. haha. *berfikiran positif sket* hehe.
Eh, nak g mandi lah jap.
Jumpa di lain waktu.
:)

Friday, November 5, 2010

Oh, di hatiku!

UiTM Dungun, selalu orang kata tak lawa kan. Even saya sendiri pun cakap tak la cantik sangat seperti mana UiTM lain kat Malaysia nie. Tapi saya bersyukur dapat belajar dekat sini. Tak la jauh sangat dengan rumah kan.
So, dapat lah balik selalu, 2 minggu sekali. hehe.
Tapi tu dulu la masa budak budak dulu.
Sekarang dah jarang boleh balik macam dulu. huhu.
*sigh*
UiTM Dungun nie terkenal dengan pantai kot. hehe.
Pantai Teluk Gadung terletak betul betul depan pintu masuk UiTM.
Keluar kawasan kampus, nampak pantai.
Sepanjang jalan, ada pantai.
:)

Lokasi :
Kampus UiTM Dungun.
Pantai Teluk Gadung, Dungun.

Pintu Utama UiTM Dungun
*Sila jangan cakap apa apa*

Kawasan Parking Lecturer dan kadang kadang student
pun parking sini jugak. hee.

Pemandangan dari atas bilik lecturer

Ombak besar di petang hari

Lagi ombak besar

:)





happy birthday!

Dear Sis,

I’m wishing you another year,
Of laughter, joy and fun,
Surprises, love and happiness,
And when your birthday’s done.

I hope you feel deep in your heart,
As your birthdays come and go,
How very much you mean to me,
More than you can know.

From the bottom of my heart,
I wish you,
Happy Birthday,
My Lovely Kak Jannah!









:)



Thursday, November 4, 2010

OB oh OB

huh. Sedih betul jawab exam hari ni. Soalan susah dan sangatlah mencabar. Kenapa ada soalan yang macam tu. huhu. Lambat betul 11 aribulan!!!


Selamat Malam Semua.
"Tidur dalam Sedih"

Tuesday, November 2, 2010

malas, fullstop!

Adoi, banyaknya nak kena baca OB nie.



T_____T


saya sayang mereka

hah! hye! hehe. Jari terasa gedix nak tulis nie. haha. Sebab tiba tiba jer muncul mood jiwang dalam diri. Saya Sayang Mereka. :)

Walaupun panjang dan banyak saya menulis, mengarang, berleter dan mengarut di kat post nie, yang pastinya conclusionnya, Saya Sayang Mereka. :)

If the hero never comes to you

If you need someone you're feeling blue

If you're away from love and you're alone

If you call your friends and nobody's home

You can run away but you can't hide

Through a storm and through a lonely night

Then I show you there's a destiny

The best things in life

They're free

Thank you, Semua!



Syimi ( Tak Malu)

Liya (Malu tapi Mahu)


Alyaa (Tak Malu dan Tak Mahu)


Kak Jannah (Pemalu dan Semalu)


Kak Tim (Malu tapi Kadang kadang Tak Malu)


Farah (Sangat sangat Pemalu)

Mereka lah yang membentuk saya supaya tahu mana nak simpan perasaan malu dan mana nak lontarkan jikalau mahu. :p
Saya Sayang Kalian!


Monday, November 1, 2010

dua sudah lepas, ombak beralun alun

hye! selamat petang. ngehngeh. Sekarang baru balik dari menjawab exam bagi paper saya yang kedua. Hurm, not bad lah. Alhamdullillah. Jawab tu boleh, tapi betul ke tak tu tak tau lah. hee. Harap saya dapat menepati soalan yang dikehendaki. Tapi at least dah lepas kan. Dah dua paper dah lepas. Hari nie paper Human Resource atau dengan nama bukunya Administrative Office Management II. huhu. Lepas nie ada 3 papers lagi tak lepas. huu. Hari hari sebelum masuk kampus, saya mesti tengok pantai. Wah, ombak memang mengancam giler! Ombak sangat besar! Saya dan kawan kawan agak takut. huhu. Tapi biasalah dah nak sampai musim dia kan. Harap harap ia tak berlanjutan sehingga masa kami konvo nanti. Kalau ombak besar dan hujan hujan ini berlanjutan, maka tak best lah konvo. huhu. Hurm, sebenarnya saya dah sangat amat tak sabar nak balik rumah. Banyak sangat benda nak buat nanti saya balik. heee. Wah, harap harap semua yang di impikan akan menjadi kenyataan. InsyaAllah. Dan harap harap beliau dan beliau dapat hadir pada masa saya konvo nanti. hee. Oh, rasa macam lagi tak sabar nak buat album Otak - Otak dan Pantai Versi II. haha. Tapi buat masa sekarang, saya kena tumpukan perhatian pada Final nie dulu. *sigh*

Sebut balik pasal final, paper saya yang seterusnya ialah pada 4 November. Khamis. Rasa macam lambat lagi tapi kejap jer masa nie berlalu. Banyak chapters nak kena baca. Actually, paper nie saya dah pernah ambik masa saya semester 5 diploma dulu. Tapi tak tau kenapa kena ambik balik masuk degree nie padahal belajar nak seakan sama jer. Buku pun guna yang sama jer. Dah la subjek nie agak susah. Banyak nak kena hafal dan ingat. Nie subjek MGT iaitu Organizational Behavior. huhu. Harap nanti saya dapat jawab dengan baik. InsyaAllah.

Oh, esok saya nak keluar dengan kawan kawan (nie pun nak bagitau, ok) =)
Nak g bayar yuran konvo dekat Bank Islam. Lagi nak g bayar sewa rumah (bank in). Macam menyusahkan kan? huhu. Tapi terpaksa. Nanti esok boleh tengok mcD baru. hahaha. (terasa bangga giler kot mcD baru di buka di DUNGUN, diulangi sekali lagi mcD baru dibuka di DUNGUN) haha. Tapi biasalah, lumrah, kalau benda baru dibuka, mesti giler ramai orang kan. huhu. Btw, nyum nyum! :)

Oh, nie senarai papers saya untuk semester ini. *tiba tiba rasa tak sabar nak habiskan degree* huuu.

27/10/2010 - Communication for Administrative Professional II

1/11/ 2010 - Administrative Office Management II

4/11/2010 - Organizational Behavior

8/11/2010 - Management of Administrative Record II

11/11/2010 - Advanced Integrated Software Applications

Lepas 11/11/2010, mesti saya akan terkinja kinja kegembiraan kan. heee. TAK SABARNYA! :)

Okay lah, saya nak kena tengok nota dulu. huu. Harap apa yang saya baca dan hafal lepas nie akan tersemat dalam otak dan sanubari saya supaya saya boleh muntahkan balik nanti atas kertas peperiksaan. :)
INSYAALLAH.

Selamat Malam Orang! :)